MENAWARKAN PELBAGAI PRODUK BAYI SEPERTI BARUT, BEDUNG, NURSING COVER DAN SEBAGAINYA.... JUGA MENAWARKAN PRODUK CROCHET(KAIT) SEPERTI SARUNG TANGAN, SARUNG KAKI, TOPI, HIASAN KEPALA DAN SEBAGAINYA....
Thursday, June 9, 2011
PANDUAN MEMBELI BARUT BAYI.
Terdapat 3 saiz untuk pilihan ibu-ibu iaitu:
S- 17" x 5" (43cm x 13cm) - Berat below 4.5kg
M- 19" x 5.5" (49cm x 14cm) - Berat below 7kg
L- 21" x 6" (54cm x 16cm) - Berat above 6.5kg
Untuk bakal2 ibu yang belum pernah menimang cahaya mata, seelok-eloknya belilah barut baby pelbagai saiz sebab baby memang cepat membesar dan pembesarannya kadang2 di luar jangkaan kita. Campur2 semua saiz S, M dan L sebab kadang2 saiz S tu boleh dipakai selama sebulan sahaja atau mungkin lebih singkat dari itu dan kalau beli semua saiz M, buatnya baby terkecik masa lahir, tak boleh nak pakai pulak sebab barut terlebih besar. Kena tunggu baby besar sikit baru boleh pakai barut.
Kadang-kadang masa di dalam pantang, baby kita pulak jenis lawas membuang...memang akan kerap menukar diaper dan juga barut. Mungkin 5 helai barut tidak cukup sepanjang tempoh berpantang dan seelok2nya kita memiliki dalam 15 helai barut supaya mudah ditukar ganti apabila baby kerap membuang. Juga berguna ketika cuaca tidak menentu. Jangan pakaikan barut yang lembab sebab tika musim hujan, barut lambat kering, nanti kembung pulak perut baby. Lagipun tidak rugi membeli lebih sedikit sebab boleh diwariskan kepada baby yang seterusnya. Saya pun masih lagi simpan barut yang mak saya guna zaman saya dulukala untuk dipakaikan kat first baby saya dulu sebagai tambahan, masa tu tak pandai lagi jahit2 barut ni.
Seeloknya beli satu set bagi setiap saiz untuk disesuaikan dengan pembesaran baby.
Hanya sebagai panduan buat ibu2 baru, buatlah pilihan yang bijak ketika membeli. Saiz-saiz di atas juga bergantung kepada saiz bayi anda. Ini kerana bayi cepat membesar. Oleh itu, buatlah pilihan yang bijak ketika membeli.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment