Adlina memakai headband reben & crochet brooch...
HANDMADE HEADBAND....
PERFECT GIFT FOR UR NEW BORN BABY @ AS A GIFT FOR FRIENDS.....
SIZING : 0 - 6 MONTH @ 10-11CM
6-12 MONTH @ 13-14 cm
@ YOU CAN REQUEST UR KIDS SIZE....
PRICE START FROM RM 10.00.....
MENAWARKAN PELBAGAI PRODUK BAYI SEPERTI BARUT, BEDUNG, NURSING COVER DAN SEBAGAINYA.... JUGA MENAWARKAN PRODUK CROCHET(KAIT) SEPERTI SARUNG TANGAN, SARUNG KAKI, TOPI, HIASAN KEPALA DAN SEBAGAINYA....
Sunday, June 26, 2011
penyeri kaki & kepala si jejaka....
HANDMADE CROCHET BABY STUFF....
PERFECT GIFT FOR UR NEW BORN BABY @ AS A GIFT FOR FRIENDS.....
MATERIAL: 100% BENANG KAIT.....
SIZING : NYATAKAN SAIZ SI JEJAKA ANDA.....
COLOUR: MENGIKUT KESUKAAN SI JEJAKA ANDA.....
PRICE START FROM RM 10.00.....
penyeri kaki & kepala si puteri.....
HANDMADE CROCHET BABY STUFF....
PERFECT GIFT FOR UR NEW BORN BABY @ AS A GIFT FOR FRIENDS.....
MATERIAL: 100% BENANG KAIT.....
SIZING : NYATAKAN SAIZ PUTERI ANDA.....
COLOUR: MENGIKUT KESUKAAN PUTERI ANDA.....
PRICE START FROM RM 10.00.....
Tuesday, June 21, 2011
TEMPAHAN BAJU KURUNG & BAJU MELAYU....
Berita baik buat semua,
1. ZAQEILS HOMEMADE kini menerima tempahan baju kurung dan baju melayu kanak-kanak untuk persiapan hari raya yang bakal tiba.
2. Semua tempahan boleh dibuat mulai sekarang sehingga akan dinyatakan kelak.
3. Anda boleh menyediakan kain sendiri @ nyatakan jenis dan corak kain yang boleh dipilih di dalam blog ini. (akan di upload kemudian.)
4. Harga yang diberikan adalah harga upah sahaja (tidak termasuk kain & kos penghantaran)
5. Butiran harga adalah seperti berikut :-
(harga termasuk kain + upah jahit)
- Umur 0-6yrs : RM 15 (BAJU MELAYU) & RM 10 (BAJU KURUNG)
- Umur 7-12yrs : RM 20 (BAJU MELAYU) & RM 15 (BAJU KURUNG)
- Umur 13-17yrs : RM 30 (BAJU MELAYU) & RM 20 (BAJU KURUNG)
- DEWASA : RM 40 (BAJU MELAYU) & RM 25 (BAJU KURUNG)
6. Deposit minimun adalah sebanyak RM10 untuk sepasang baju & harga kain bagi yang memilih kain dari blo ini, bayar perlu dibuat semasa membuat tempahan dan bakinya adalah apabila baju telah siap.
7. Anda boleh memilih saiz yang kami sediakan atau anda juga boleh memberikan ukuran anda.
8. Jika anda memilih untuk memberi ukuran sendiri pastikan ukuran yang diberikan adalah tepat.
9. Tempahan akan ditutup pada bila2 masa sahaja apabila telah cukup kuota.
11. Sebarang pertanyaan bolehlah dikemukakan kpd :
EJA: 017-4727020
e-mail: ejaro_1983@yahoo.com.my
Terima kasih.

Thursday, June 16, 2011
crochet oh crochet....
CROCHET (MENGAIT)
Dari suka-2 belajar, menjadi minat.... pantang tengok benda cantik la katakan.... dan akhirnya kini menjadi sumber pendapatan sampinganku....
Jadi kepada sesiapa yang berminat dengan hasilkerjatanganku ini boleh lah menempahnya...
harga amatlah berpatutan... first come, first server.... tapi kadang-kadang ada stok readymade.... jangan segan-2 bertanya yer....

Friday, June 10, 2011
BARUT BAYI.
Sebagai seorang ibu yang baru sahaja melahirkan, anda pasti memerlukan rehat yang cukup. Namun apabila bayi anda meragam ia bukan sahaja mengganggu waktu rehat anda tetapi juga akan mengganggu rawatan berpantang yang perlu dilakukan seperti bertungku, bertangas, memakai bengkung dan urutan selepas bersalin.
Pemakaian barut pada bayi telah diamalkan sejak zaman berzaman. Tujuan utama pemakaian baut adalah untuk mengelakan perut bayi kembung. Barut biasanya dipakai selepas pemakaian minyak telon atau minyak bayi pada perut dan pusat bayi. Amalan pemakaian barut dapat memberi keselesaan kepada bayi dan dapat mengurangkan risiko bayi mengalami angin yang keterlaluan.
Oleh itu, lebih baik mencegah daripada merawat. Pencegahan awal lebih baik kan, daripada kita menanggung kesannya....dah la dalam pantang, anak pulak asyik nangis sepanjang malam...memang memberi kesan kepada emosi kita...
BEDUNG BAYI.
Sejak drpd zaman nenek moyang kita, bayi yg baru dilahirkan perlu dipakaikan bedung. Di antara sebab yang diberikan oleh orang-orang tua mengapa bayi perlu dibedung adalah bagi mengelakkan bayi anda dari terkejut.
Walhal sebenarnya bayi yang dibedung mempunyai sebab2 tertentu...:
Membedung dapat membantu bayi tidur lebih lena
mengelakkan selimut biasa yang mudah bergerak dan menutupi muka bayi. ini akan menghalang bayi untuk bernafas yang boleh mengakibatkan Sindrom Kematian Bayi Secara Mengejut atau SIDS
Membantu agar bayi berasa lebih selamat dan selesa. Kain bedung yang membalut bayi membuatkan bayi merasa seperti didalam kandungan ibunya
Mengelakkan bayi dari menggosok dan mencakar mukanya sendiri terutama jika tidak dipakaikan sarung tangan
Mengelakkan bayi dari mengangkat tangannya ke atas – keadaan ini terjadi apabila bayi terkejut disebabkan oleh bunyi yang kuat disekelilingnya
Supaya kaki bayi tersebut dpt ditegakkan semasa diikat agar tidak pengkar @ tidak tegak
Memudahkan para ibu ketika penyusuan bayi dilakukan
Adalah dicadangkan agar anda tidak lagi membedung bayi setelah bayi berumur tiga atau empat bulan ke atas. ini kerana pada umur begini bayi sudah mula belajar meneroka disekelilingnya. Pada waktu ini bayi perlu bergerak tanpa ada halangan untuk pertumbuhan seterusnya. Bedung bayi perlu untk membina tulang bayi yang lebih tegap agar bayi dapat merangkak, berdiri dan berjalan pada masa akan datang
Beza kain bedung vs kain lampin
bedung saya 35" x 35"(M),
kain lampin biasanya 25" x 30".
berdasarkan saiz diatas bedung yang saya hasilkan jauh lebih besar daripada kain lampin. ini lebih memudahkan ibu2 membedung bayi mereka, ye la kalau pakai kain lampin tutup dada, kaki keluar. tutup kaki, dada lak terdedah. nak ikat kasi kemas terpaksa lak guna safety pin.
tetapi kalau menggunakan bedung nie lebih mudah, bayi pun selesa. juga x perlu beli safety pin, walaupun namanya safety tapi belum tentu selamat ye ibu2.
Thursday, June 9, 2011
PANDUAN MEMBELI BARUT BAYI.
Terdapat 3 saiz untuk pilihan ibu-ibu iaitu:
S- 17" x 5" (43cm x 13cm) - Berat below 4.5kg
M- 19" x 5.5" (49cm x 14cm) - Berat below 7kg
L- 21" x 6" (54cm x 16cm) - Berat above 6.5kg
Untuk bakal2 ibu yang belum pernah menimang cahaya mata, seelok-eloknya belilah barut baby pelbagai saiz sebab baby memang cepat membesar dan pembesarannya kadang2 di luar jangkaan kita. Campur2 semua saiz S, M dan L sebab kadang2 saiz S tu boleh dipakai selama sebulan sahaja atau mungkin lebih singkat dari itu dan kalau beli semua saiz M, buatnya baby terkecik masa lahir, tak boleh nak pakai pulak sebab barut terlebih besar. Kena tunggu baby besar sikit baru boleh pakai barut.
Kadang-kadang masa di dalam pantang, baby kita pulak jenis lawas membuang...memang akan kerap menukar diaper dan juga barut. Mungkin 5 helai barut tidak cukup sepanjang tempoh berpantang dan seelok2nya kita memiliki dalam 15 helai barut supaya mudah ditukar ganti apabila baby kerap membuang. Juga berguna ketika cuaca tidak menentu. Jangan pakaikan barut yang lembab sebab tika musim hujan, barut lambat kering, nanti kembung pulak perut baby. Lagipun tidak rugi membeli lebih sedikit sebab boleh diwariskan kepada baby yang seterusnya. Saya pun masih lagi simpan barut yang mak saya guna zaman saya dulukala untuk dipakaikan kat first baby saya dulu sebagai tambahan, masa tu tak pandai lagi jahit2 barut ni.
Seeloknya beli satu set bagi setiap saiz untuk disesuaikan dengan pembesaran baby.
Hanya sebagai panduan buat ibu2 baru, buatlah pilihan yang bijak ketika membeli. Saiz-saiz di atas juga bergantung kepada saiz bayi anda. Ini kerana bayi cepat membesar. Oleh itu, buatlah pilihan yang bijak ketika membeli.
TIP PENJAGAAN BAYI BARU LAHIR....
1. Cuci pakaian yang baru dibeli atau yang lama untuk mengelakkan kuman/bakteria kerana kulit bayi yang baru lahir amat sensitif.
2. Mandikan bayi anda dengan air suam untuk mengelakkan bayi sejuk dada.
3. Selepas mandi lapkan tali pusat bayi hingga kering kemudian disapu dengan ubat yang diberikan doktor.
4. Kemudian sapukan minyak telon/gamat ke perut, ari-ari , betis, belakang dan tapak kaki bayi kerana minyak ini boleh menghangatkan bayi selepas mandi dan mengelakkan dari bayi kembung.
5. Pakaikan barut bayi ikat dengan kemas jangan terlalu ketat kerana boleh menyebabkan perut bayi sakit.
6. Bagi ibu-ibu yang memakaikan bayi dengan lampin pakai buang, hendaklah sentiasa peka dan menukar lampin pakai buang bayi tersebut. Jangan biarkan bayi anda memakai lampin yang basah kerana ia boleh merengsa atau terjadinya ruam lampin.
7. Selepas itu, pakaikan pakaian kepada bayi anda. Jangan biarkan bayi dalam kesejukan.
8. Rebus/rendam botol susu bayi anda ke dalam air panas untuk mematikan kuman/bakteria yang terdapat di botol tersebut.
9. Puting botol susu bayi hendaklah sentiasa digantikan selalu untuk mengelakkan bayi terkena ulser mulut.

Subscribe to:
Posts (Atom)